SELAMAT DATANG

SEsemoga anda berpuas hati laman ini

Ahad, 26 Ogos 2012

Refleksi Pembelajaran Berpandukan komputer


Refleksi Pembelajaran Berpandukan Komputer

           Alhamdulilah bersyukur kepada Allah berkat kesabaran dan ketekunan mempelajari mata pelajaran BMM 3105 (Pensyarah En,Bukhari) iaitu bidang Pembelajaran Berpandukan KomputerTugasan  ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mempelajari membina Blog Pembelajaran . Walaupun saya tidak pernah membinanya Blog sebelem ini namun berkat kesabaran dan tunjuk ajar dari pensyarah dan rakan sekuliah serta rakan di sekolah maka saya telah berjaya membina satu Blog yang bagi pendangan saya adalah yang terbaik sekali (pandangan orang lain mungkin tak menarik)
           Saya ditugaskan untuk menyediakan satu Blog untuk mengisi bahan pembelajaran yang bina sendiri mahu pun dari internek. Dari pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan bahan yang diperlukan namun saya terketar-ketar untuk memasuknya kedalam blog saya. Justeru berkali-kali mencuba disamping berpandukan tunjuk ajar dari pensyarah melalui blognya (arahan yang diberikan) maka saya telah berjaya membawa masuk bahan tersebut. Saya pula tidak mempunyai pengalaman dalam program perisian internet, oleh itu saya telah meminta bantuan rakan sekolah saya untuk membantu menyiapkan blog dan bahan internet tersebut.
             Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet (di Kampung saya menggunakan talian broadband) , masa untuk berbincang dengan rakan sekumpulan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer saya.

                Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran BMM 3105 Pembelajaran Berpandukan Komputer ini. Ia mejadikan saya seorang yang teliti dan mempunyai sikap menyelidik dahulu sebelum mendownload sesuatu bahan. Sikap ingin membina bahan pembelajaran dalam lalu dimasukan kedalam bolg juga dapat membantu saya menyimpan bahan

Isnin, 13 Ogos 2012


sumber :tatabahasa tahun 4

  latihan tatabahasa

1 Perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan_______salah seorang daripada saksinya tidak hadir.
A.walaupun    B.atau    C.kerana     D.serta
 
2. Elleena terkejut______namanya diumumkan sebagai pemenang peraduan itu.
A.kerana    B.sebab    C.apabila     D.jika

3. Bidang kewartawanan di negara ini telah______oleh Abdul Rahim Kajai.
A.mempelopori    B.mempeloporkan     C.pelopor    D.dipelopori

4. Mangsa bot karam itu dijumpai_______di tepi pantai Mersing.
A.mendampar    B.terdampar     C.didamparkan    D.mendamparkan

5. Ghani______jalanya ke permukaan kolam itu untuk menangkap ikan sepat.
A.membentangkan    B.membukakan     C.menebarkan    D.menyibarkan

6. Pemandu bas itu_______oleh polis kerana membawa penumpang yang berlebihan.
A.ditangkap    B.disaman     C.ditahan    D.dituduh

7. Sementara menunggu pancingnya dimakan ikan,Azwan duduk di bawah______buluh sambil membaca buku cerita.
A.sebatang    B.seruas    C.sepokok     D.serumpun

8. Pak Mail menjual______tanah untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti.
A.sekeping    B.sebidang     C.sehelai    D.sebaris

9. Pemburu itu melepaskan dua______tembakan ke arah rusa itu.
A.butir    B.das    C.pucuk     D.laras

10. "Kami memerlukan_______kamu dalam hal ini," kata penghulu kepada Mamat.
A.buah mulut    B.buah tangan     C.buah fikiran    D.buah hati

11. Pakaian yang dijual di kedai itu cantik-cantik menyebabkan Fatimah menjadi_______.
A.sakit mata    B.rambang mata     C.mata angin    D.mata air

12. Ayahnya masih______sampai ke rumah walaupun hari telah larut malam.
A.akan    B.belum    C.sudah     D.telah

13. Sebelum menetap di kampung itu,Pak Uda______tinggal di Jawa selama 10 tahun.
A.mesti    B.akan    C.belum     D.pernah

14. Suasana di kampung itu menjadi______apabila ramai pemuda-pemudi berhijrah ke bandar.
A.hiruk-pukuk    B.huru-hara     C.riuh-rendah    D.sunyi-sepi

15. Sampah sarap dan______di sekeliling masjid itu telah dibersihkan oleh penduduk kampung.
A.semak-samun    B.tanah-tanih     C.bukit-bukau    D.hutan rimba

16. Budak-budak nakal itu lari______apabila dikejar oleh anjing Pak Cik Ng.
A.huyung-hayang    B.rebah-rempah     C.kelam-kabut    D.lintang-pukang

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
17. A."janganlah awak asyik termenung sahaja!"Kata Zetty kepada Akmar?
      B.janganlah awak asyik termenung sahaja,kata Zetty kepada Akmar.
      C."Janganlah awak asyik termenung sahaja,"kata Zetty kepada Akmar.
      D."Janganlah awak astik termenung sahaja,"Kata zetty kepada akmar.

18. A.Pengarah dan pengurus syarikat itu ada urusan penting di Luar Negeri?
      B.Pengarah dan pengurus syarikat itu ada urusan penting di luar negeri.
      C.Pengarah,dan pengurus syarikat itu,ada urusan penting di luar negeri!
      D.Pengarah dan Pengurus syarikat itu ada urusan penting,di luar negeri.

19. A."Apa khabar mak cik?"tanya Nina kepada Mak Cik Sarah.
      B.Apa khabar mak cik. Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah.
      C."Apa khabar Mak Cik?"Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah?.
      D."Apa khabar mak cik."tanya Nina kepada Mak Cik Sarah!

Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
20. Mereka pergi ke bandar untuk membeli buku latihan.
A.Bilakah mereka pergi ke bandar?
B.Siapakah yang pergi ke bandar?   
C.Ke bandar manakah mereka pergi?
D.Apakah tujuan mereka pergi ke bandar?

Ahad, 5 Ogos 2012

etika penggunaan internet

etika pengguaan internetSumber: etika penggunaan internet.

 
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:
  1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
  1. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
  1. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
  1. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
  1. E-mel
5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan ( deceptive marketing).
5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing), iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan mengelirukan penerima.
5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerohohan:
a)     Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
b)     Menghalang identity pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik orang lain.
c)     Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).
5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang,        kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.

            5.8  Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian ( network monitoring ) 
                     bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan kepadanya

saya dan bahasa

sumber: saya dan bahasa kebangsaan.

Saya dan bahasa kebangsaan

Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan peribadi selepas membaca rencana bertajuk Imperialisme bahasa Inggeris menghakis jati diri nasional tempohari di ruangan “Breaking Views” The Malaysian Insider.
Saya kira artikel tersebut memang menarik, penuh emosi (dalam ertikata terbaik)  dan melambangkan penulisnya sebagai seorang advokat atau aktivis yang amat mencintai bahasa kebangsaan. Cuma saya kurang setuju bahawa jatidiri nasional bertaut rapat dengan bahasa. Saya kira ia mampu berdiri berasingan.
Sebelum meneruskan perbincangan, sedikit selingan: Walaupun pada lazimnya saya gemar menulis ruangan dalam bahasa Inggeris, saya fikir saya perlu mengulas dalam bahasa kebangsaan pada kali ini.
Bukan apa, saya ingin mengelakkan segelintir pembaca yang mungkin menyalah letakkan perihal peribadi saya. Oleh itu, izinkan saya berterus-terang: Saya seorang profesional Bumiputera Melayu produk sekolah kebangsaan, termasuklah IPTA  tempatan. Kefasihan dan kecenderungan berbahasa Inggeris saya adalah hasil titik peluh sendiri tanpa apa-apa keistimewaan.
Baiklah, selingan berakhir; berbalik kepada rencana tadi.   
Walaupun saya faham akan kegusaran dan kekecewaan yang diutarakan secara kritis dalam rencana tersebut; maaf, saya tidak dapat berkongsi simpati. 
Tambahan pula kerana terdapat elemen-elemen hujah yang berbaur kelebihan moral (moral superiority) yang pada hemat saya “tidak aci” dan disingenuous kerana meletakkan tahap kebaikan (virtue) atau kelebihan (superiority) kepada bahasa dan budaya — yang kedua-duanya sememangnya lebih bersifat relatif (kecuali anda seorang yang menerima kesimpulan bahawa apa yang datang dari “timur” sentiasa lebih mulia dari apa yang datang dari “barat” dan kita perlu memelihara “sesuatu” agar tidak hilang).    
Dalam hal ini, bezanya, saya menganggap diri sebagai seorang yang bersifat realist dalam topik merakyatkan bahasa kebangsaan.
Secara ringkasnya, saya berpendapat bahawa Bahasa Malaysia perlu menjauhi kecenderungan preskriptif yang memang telah terlalu lama bertapak dikalangan mereka yang menentukan halatuju perbahasaan nasional kita. Sehinggakan aras kemasukan (entry bar) penggunaan formal menjadi terlalu tinggi justeru mengurangkan kegemaran, malah keinginan di luar sana. Lihatlah bagaimana Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah kita sentiasa tergolong diantara matapelajaran yang paling sukar (sengaja?). Sungguh, saya melihat kepada anak-anak saya sendiri.
Jika ahli antropologi lebih kepada mendengar, memerhati dan mengumpul fakta; kenapa pula ahli bahasa perlu lebih merumus dan menghakimi? Bukankah bahasa itu sesuatu yang organik, yang timbul dan berkembang secara semulajadi, hasil evolusi biologi dan sosial para Homo Sapiens sejagat yang kemudiannya zaman-berzaman diselaraskan institusi tamadun insaniah?
Di dalam hal ini, biarlah saya berhenti setakat ini kerana fokus perbincangan saya bukan sahaja perihal kedaulatan atau status bahasa ibunda yang dianggap berada dalam keadaan tertekan sekarang.
Saya juga ingin memberikan sedikit ulasan empirikal berdasarkan disiplin linguistik dan kajian sejarah tamadun manusia.
Secara amnya, kedua-duanya mengajar kita bahawa bahasa-bahasa yang berkembang pesat dan digunapakai secara meluas (tanpa elemen kolonialisme) adalah kerana dua perkara utama: satu, bahasa tersebut merupakan bahasa ilmu (knowledge), dan dua; bahasa tersebut merupakan bahasa perdagangan (commerce) dan sebelumnya, pertanian.
Terjemahan dalam bidang ilmiah walaupun berupaya melangkau jurang pada saat-saat keperluan, akhirnya mendalamkan lapisan, menambah kerumitkan, dan mengambil jalan panjang — maka ianya bukanlah penyelesaian cekap.
Sayangnya — kesenian, kehalusan dan keindahan suatu bahasa itu — yang saya kira memang tanggapan lazim atau bias kognitif (cognitive bias) para penuturnya — walaupun diberikan mandat dan preskripsi polisi dari golongan pemerintah dan juga status kesusasasteraan tinggi dari golongan cendikiawan; langsung tidak dapat menjamin kesinambungan dan ketahanan (survivability) jangka panjangnya.     
Jika demikian, maka penggunaan lazim bahasa-bahasa kuno agung lagi halus seperti Sanskrit dan Latin semestinya masih bersama kita hingga ke hari ini, bukan?
Statistik moden juga tidak berpihak kepada kita. Lebih 80 peratus populasi dunia sekarang bertutur cuma satu peratus bahasa yang sedia ada. Sama seperti spesis haiwan yang 99.9 peratus telah pupus dari muka bumi ini sepanjang 4.7 bilion tahun, menurut kajian EarthTrends, lebih setengah dari 7,000 bahasa yang wujud sekarang akan pupus menjelang tahun 2100.
Ini bukanlah tilikan esoterik, cuma ekstrapolasi pemerhatian berdasarkan fakta.
Demikian, Bahasa Malaysia yang ada kini bukanlah bahasa yang boleh dianggap teristimewa dikalangan bahasa-bahasa dunia yang ada sekarang. Para penuturnya aslinya (native) tidaklah seramai mana dan dikalangan penduduk negara ini pun penggunaan tidak rasmi (termasuk loghat-loghatnya) memang jauh mengatasi penggunaan rasminya.
Maka saya kira bukanlah tempat pejuang bahasa untuk menyelar dan menghukum untuk memperkasakan bahasa kecintaan mereka, tetapi untuk membuat orang lain suka, gemar dan tergerak ingin untuk menggunakannya. Strategi “siege mentality” cuma berguna dalam sukan berpasukan. Kita khuatir obsesi idealsitik terhadap keaslian atau ketulenan ialah obsesi yang bakal menjatuh rudumkan status bahasa yang “dicintai.”
* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

cara guna enjin pencarian

enjin Pencarian internet 


1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsiAutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. FungsiAutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti balls, tested, walking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti ball, test, walk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading.Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.
Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-
nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.

nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.
Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.

Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.
Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.