SELAMAT DATANG

SEsemoga anda berpuas hati laman ini

Rabu, 21 November 2012


KONSEP AMALGAMASI
            Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka
KONSEP ASIMILASI
             Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama.

             Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

KONSEP AKULTURASI
              Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

            Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
KONSEP AKOMODASI
               Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat penyesuaian antara mereka

KONSEP SEGREGASI
                     Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994

KONSEP BUDAYA
               Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'. Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)
                Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

                    Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.

                      Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988)

              Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah, dipelajari,dikongsi,bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah,mempunyai unsure simbolik dan adanya pendangan semesta

                 Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masayrakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001)
KONSEP MASYARAKAT
                Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh..

KONSEP ETNIK, ETNISITI DAN ETNOSENTRISME

 

                Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.
                Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
                   Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
                   Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan yang harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan para pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Untuk membina suatu kefahaman yang lebih mendalam, usaha ini mestilah dilalui dengan memperkenalkan beberapa konsep asas yang mendasari hubungan etnik.

Peranan Rukun Negara kearah pembentukan perpaduan kaum
      Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti Secara rasminya, agama Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram walau di mana bahagian dalam Persekutuan dan tindakan amalan diskriminasi
                Sistem demokrasi berpalimen dan raja berpelembagaan dengan seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara dan lambang perpaduan rakyat merupakan corak system pemerintahan di Malaysia. Sehubungan itu, kesetiaan kepada raja dan negara telah digariskan sebagai prinsip kedua dalam Rukun Negara. Seterusnya, dapat membentuk masyarakat yang menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada raja dan negara.
             Prinsip ketiga adalah keluhuran perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi bagi melahirkan warganegara yang menghindari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa serta mempunyai tahap kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat yang tinggi. Setelah bermusyawarah dan mendapat sebulat suara daripada semua kaum dan pihak perlembagaan ini yang merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak digubal.
               Kedaulatan undang-undang mepupakan prinsip keempat Rukun Negara. “Ada batang mati, ada cendawan tumbuh”. Tanpa undang-undang, hidup bernegara akan menjadi kucar-kacir. Undang-undang dapat menjamin kehidupan anggota masyarakat agar bergerak dengan licin dan teratur seterusnya dapat melahirkan warganegara yang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.
             Prinsip kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku masyarakat untuk membentuk negara yang “airnya jernih, ikannya jinak” yakni bersopan santun dan bersusila sejajar dengan kempen Budi Bahasa dan NIlai Murni.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam mewujudkan perpaduan kaum
             Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidak seimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah.  Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut: Penyusunan semula masyarakat melalui ketidak seimbangan perolehan kekayaan melalui syarat dalam masa 30 tahun kaum bumiputera dapat menguasai kekayaan Negara sebanyak 30 peratus dari kakayan Negara.



Dasar pendidikan kebangsaan kearah perpaduan kaum
               Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama.

Dasar wawasan 2020 ke arah perpaduan kaum
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosisl dan plitik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang telah member cabaran yang hebat kepada Negara.Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh Negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuaan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merngkumi segala aspek kehidupan, ekonomi. Politik social, kerohanian,kejiawaan dan yang utama perpaduan kaum ini kerana sekiranya setiap kaum tidak saling mempercayai(bermusuhan) macam mana hendak mencapai wawasan 2020.

Koensp 1 Malaysia Kearah Perpaduan kaum
                     Konsep 1 Malaysia merupakan suatu konsep yang baru dilancarkan di Malaysia pada tahun 2009 yang lalu. Ia merupakan lanjutan daripada usaha kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar social Negara dan sebagainya agar sebarang koflik perkauman dapat dielakan serta pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-asas yang ada dalam konsep 1 Malaysia ini adalah untuk mencapai teras perpaduan antara kaum di Malaysia supaya cita-cita Negara untuk mencapai wawasan 2020 sebagai Negara yang berstatus maju tercapai dengan jaya. Di samping itu, ia diharap mampu untuk meyemarakkan lagi semangat perpaduan dan persaudaraan untuk meneruskan agenda pembinan sebuah Negara, bangsa yang Berjaya. Selain itu konsep ini juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua pihak saling hormat-mehotmati antara satu sama lain dalam aspek budaya, bahasa dan agama. Ini selaras dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang keenam berkenaan konsep 1Malaysia Iaitu “1malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat.
          Konsep 1Malaysia boleh dikatakan menjadi suatu model untuk memperkasakan perpaduan dan kesinambungan kepada pendekatan-pendekatan sebelum ini yang pernah dilaksanakan oleh pihak kerajaan (PPM 2009 ). Hasil perpaduan yang dicapai akan menjamin kestabilan, seterusnya mempu membawa Negara kea rah kemajuan dan pencapai yang lebih tinggi bagi rakyat dan Negara. Jadi ,konsep ini boleh disamaertikan sebagai satu strategi atau formula untuk mencapai aspirasi Negara iaitu mengeratkan setiap kaum atau etnik di Malaysia untuk satu bangsa iaitiu Bangsa Malaysia yang akan membawa ke mana sahaja ia sebagai Rakyat Malaysia, Budaya Malaysia, Kaum Malaysia,dan sebagainya.

Peranan Islam Hadhari ke arah Perpaduan Kaum  
           Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari ? ‘Islam Hadhari’ adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : ‘Islam’ dan ‘Hadhari’ (sifat). Asal perkataan ‘Hadhari’ ialah ‘Hadharun’  Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk membawa perubahan kepada mentaliti dan sikap masyarakat serta peralihan kepada yang lebih baik dalam konteks kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan ini akan membawa pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah masyarakat dan negara maju dan mencapai objektif Wawasan 2020. Orang bukan Islam tidak perlu bimbang terhadap pendekatan ini kerana ia akan membawa kebaikan kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan etnik.
Cabaran ke arah pembentukkan perpaduan di Malaysia
                Penafian agama Islam sebagai agama rasmi
                         Antara cabaran kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan. Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.
 Sebenarnya di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti penduduk Malaysia menganuti Islam.
Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.
Pelaksanan sistem pendidikan Negara
Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan . Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu, keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar 2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus).
Malah, keluaran Burniputera yang dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998 hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada 1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.
Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara
                Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan.). Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat kepada negara pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak.
            keselamatan negara
Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir.
Peningkatan masalah sosial
Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian.
Cabaran Politik
Fahaman politik setiap tahun berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di Negara asal mereka adalah lebih penting daripada fahaman politik di Malaysia. Selain itu, setiap kaum sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identity kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan menggunakan media-media dan saluran-saluran seperti pendidikan, program keagaman, akhbar dan persatuan-persatuan social. Sejak kebelakangan ini parti politik di Malaysia telah banyak memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi di dalam kempen pilihanraya. Sebagai cntoh kepada pilihanraya 1969, setelah parti gerakan dan DAP Berjaya menafikan majoriti 2/3 parti perikatan, parti tersebut telah berarak sambil membangkitkan soal-soal sensitif seperti ketuanan melayu. Keadaan bertambah buruk apabila orang melayu di bawah anjuran UMNO bertindak balas menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan episode berdarah 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan nyawa dan harta benda yang banyak.

 CABARAN EKONOMI
            Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum mencemburui satu sama lain. Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina manakala orang Cina dan India mencemburi kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sekor pentadbiran. Dalam bidang ini juga orang melayu dan penduduk bumiputera lain menguasai bidang yang mundur iaitu yang memerlukan banyak tenaga menusia dan bergaji rendah dan sektor primer. Mnakala orang Cina banyak menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden. Ketidakseimbangan ini menyebabkan kaum lain mencemburui antara satu sama lain dan menyebabkan timnbulnya masalah dalam hubungan etnik


           CABARAN DARI SEGI NILAI ANTARA ETNIK
               Perbezaan Agama Dan Budaya. Kaum Melayu sebahagian besarnya Islam. Kaum Cina beragama Budha, manakala kaum India beragama Hindu. Di samping iu terdapat juga yang beragama Kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil erhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Penggunaan Bahasa Komunikasi. Masalah penggunaan bahasa masih lagi menimbulkan persoalan apabila penggunaan bahasa Melayu Di Sabah dikatakan agak rendah. Keadaan ini bukan dipengaruhi oleh senimen kenegerian atau bersikap prejudis terhadap rakan Semenanjung tetapi mesalah yang dihadapi ialah ingin menggunakan bahasa ibunda hal ini menyebabkan lambatnya proses perpaduan kaum.

Cabaran Globalisasi
       Globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan baru yang memperjuangkan hak asasi manusia. Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai negative, ekonmi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan perpaduan dan system politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi mereka mengespor segala keburukan yang merosakkan Negara dan alam sekitar. budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah Jika diamati secara mendalam, akan  melemahkan tradisi Negara sendiri dan menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia. Globalisasi yang berterusan dan tanpa kawalan akan memberi kesan kepada hubungan etnik, integrasi, perpaduan dan mudah erjadinya konflik dan lebih parah apabila dapat mencetuskan rusuhan kaum.


Cabaran Pengekalan perpaduan rakyat
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum.
Sekolah Kebangsaan diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan seperti hak dalam pendidikan .
Cabaran memastikan pembangunan negara seimbang
                   Kebelakangan ini, kerajaan telah mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita. Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak boleh diabaikan mana-mananya. Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula , apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian, kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.

Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

            Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.
                Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.

                Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah.Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan diperingkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah.

Selasa, 30 Oktober 2012

renungkanlah semua manusia

Bersediakah kita untuk ke sana?

Assalamualaikum. Hari nie aku menangis, bukan kerana sesiapa. Bukan kerana ada insan yang menyakitkan hati ataupun tersentuh dengan perbuatan seseorang. Hari ini aku menangis kerasa sesuatu..

Dunia dah nak akhir zaman.. Sedarkah kita?
Pernah tak kita fikir, berapa banyak amal ibadat yang kita buat?
Berapa banyak dosa yang telah kita lakukan?
Berapa kali kita berta

ubat?
Sudahkah kita bersedia untuk menempuh alam barzakh yang akan menjemput kita bila-bila masa sahaja?
Sudahkah kita bersedia untuk di soal oleh malaikat munkar dan nakir?
SIAPAKAH TUHANMU?
SIAPAKAH NABIMU?
APAKAH IMAMMU?
APAKAH KIBLATMU?

Sabda Rasulullah S.A.W "Bahawasanya mayat itu apabila telah diletakkan di dalam kuburnya dan ia benar-benar dapat mendengar suara alas kaki mereka (orang-orang yang mengiringkan jenazahnya), ketika mereka hendak meninggalkan kuburnya. Apabila mayat itu seorang mukmin, maka solatnya ada disamping kepalanya, puasa ada di sebelah kanannya, zakat ada di sebelah kirinya, dan kelakuan-kelakuan yang berupa kebaikan seperti sedekah, silaturrahim dan kebajikan yang lain itu semuanya ada didekat kedua kakinya"

Ya Allah, terasa kerdilnya diri ini kerana selama ini aku sombong terhadapMU. Ya Allah, aku leka dengan duniawi sehinggakan aku lupa akan tanggungjawabku sebagai hambaMu. Ya Allah, sesungguhnya aku tak layak untuk syurgaMu tapi aku tak sanggup untuk ke nerakaMu.

Sabtu, 29 September 2012

keadaan bilik sukan



                            Kumpulan awang sedang menyiapkan kerja kumpulan iaitu Suberi.Awang. Jamaluddin, Jamel, Zawawi, dan Zambri dan Azmi    


                                             Susun  atur bilik PJ saya

                                                  Meja Guru( meja saya Suberi)
                          Buku rujukan untuk Panitia PJK

Video Sekolah Tualang 2012


video suasana sekolah saya


bilik sukan dan kumpulan sedang menyiapkan tugasan


                                                alatan dalam bilik sukan

                        Ahli kumpulan sedang menyiapkan tugasan

sekolah satu aliran

gambaran sekolah saya


Sabtu, 22 September 2012


Selamat sejahtera.


Sedar atau tidak sudah lebih 52 tahun Malaysia merdeka secara fizikal dari penjajahan asing. Tanggal 31 Ogos 2010 umur kemerdekaan negara kita mencecah angka 53 tahun. Itu bermakna sudah melangkau separuh abad. Umur yang boleh dikira sudah matang dan cukup dewasa untuk bersaing di persada dunia. Soalnya apakah kita sudah betul-betul dewasa? Saban tahun negara menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad akan berkumandang diputarkan. Pesta dan keramaian dianjurkan di sana sini. Persembahan nyanyian oleh artis-artis tanahair malah ada juga dari luar diadakan di seluruh pelusuk negara. Malah ada juga majlis sambutan diadakan dengan pesta liar sebagai tanda kegembiraan yang amat sangat. Apakah itu pengertian kemerdekaan negara? Pernah suatu ketika seorang pemimpin negara memberi pendapat "pengertian kemerdekaan adalah setiap orang mengibarkan bendera Jalur Gemilang di premis masing-masing seperti rumah kediaman, kedai-kedai, bangunan-bangunan dan di seluruh tempat dalam negara".


Jika itulah pengertian kemerdekaan yang difahami oleh kita maka tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa kita hanya mengerti konsep kemerdekaan secara zahir tanpa mengetahui maksudnya yang sebenar. Saban tahun rakyat disogok dengan pesta-pesta sambutan. Naluri manusia yang suka berhibur telah dimanipulasi dengan sebaiknya oleh pemerintah. Tindakan mereka telah dapat melalaikan rakyat dari menggali maksud sebenar kemerdekaan negara. Lebih 50 tahun rakyat diberi "candu" yang amat mengkhayalkan sehingga mereka lupa untuk menghayati dan memenuhi ruang lingkup kemerdekaan dengan pengisian yang penuh bererti. Semangat kemerdekaan yang sebenar hilang apabila rakyat mula "mabuk" dengan "candu" yang disajikan. Kalau ada pun hanya segelintir yang sedar tentang peri pentingnya mengisi kemerdekaan negara dengan elemen-elemen yang betul dan tepat. Terdapat juga beberapa pihak yang mengadakan pelbagai majlis mengisi sambutan hari kemerdekaan dengan menghayati pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu. Namun majlis tinggal majlis, program hanya sekadar program; semuanya hilang bersama perginya tarikh sambutan; cuma bergema lagi pada sambutan tahun berikutnya. Begitulah saban tahun..!!!Rakyat kembali kepada penghidupan asal.



yang kaya semakin kaya.

yang miskin semakin terhimpit.

khazanah negara semakin menipis

rakyat terbanyak kian merintis.

Negaraku merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Merdeka!!!

Kibarkan Jalur Gemilang!!!



anak Iban...anak Penan...

anak Melayu...anak India...

anak Cina...anak Jakun...

anak Jahud...anak Semelai...

anak Siam...

anak-anak bangsa Malaysiaku...

di mana ibu mu...di mana bapamu...

untuk mengajarmu

erti kemerdekaan



nah...kutitipkan kepadamu

wahai bangsa Malaysiaku...



merdekakan bangsa Malaysiaku dari belenggu kemiskinan!!!

merdekakan bangsa Malaysiaku dari bebanan kehidupan!!!

merdekakan bangsa Malaysiaku dari kenaikan harga barangan!!!

merdekakan negara Malaysiaku dari rasuah dan penyelewengan!!!

Merdekakan hakim, kehakiman dan perundangan dari jadi kuda tunggangan!!!

Merdekakan polis, tentera dan sprm dari menjadi barang permainan!!!

MERDEKAKAN NEGARA MALAYSIAKU DARI PENJAJAHAN BARISAN!!!

MARTABATKAN NEGARA MALAYSIAKU DENGAN PENTADBIRAN PAKATAN!!!



ayuh bangsa Malaysiaku

ayuh bangkitlah

suarakan pengertian kemerdekaan

isikan dadamu dengan ilmu pengetahuan

tentang maksud sebenar kemerdekaan




sekian jumpa lagi...

aku anak merdeka

dipetik dari blog: zaidiahmadkeadilanphg.blogspot.com

sekolah satu aliran mewujudkan perpaduan kaum


sumber:Sekolah satu aliran bantu wujud perpaduan kaum


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang semalam sepakat menyokong cadangan tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim supaya sekolah satu aliran dilaksanakan sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan kaum.
Mereka bersetuju perpaduan antara kaum perlulah menjadi matlamat utama kerajaan dan dengan itu sekolah satu aliran mungkin menjadi titik tolak ke arah itu.
Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran ketika ini tidak membantu rakyat menyelami erti perpaduan atau makna sebenar gagasan 1Malaysia.
Dengan itu, katanya, sistem yang ada sekarang perlu dipinda dan semua sekolah menengah hanya mempunyai satu aliran saja bagi memastikan semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.
“Pada peringkat sekolah rendah, sekolah beraliran boleh dikekalkan tapi ia disatukan di sekolah menengah. Kerajaan boleh mengambil alih sekolah beraliran bagi mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2010.
Datuk Ab Halim Ab Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim berkata, kajian yang dilakukannya menunjukkan sistem pendidikan sekarang tidak mempunyai matlamat akhirnya.
Beliau berkata, sistem pendidikan perlu mempunyai matlamat akhir yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.
Tony Pua (DAP-PJ Utara) berkata beliau setuju semua sekolah aliran disatukan pada sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.
Bagaimanapun, beliau berkata pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.
Katanya, ini kerana kepandaian pelajar MRSM akan dikongsi bersama dengan pelajar lain.
“Adalah baik jika semua sekolah aliran disatukan di bawah satu sekolah,” katanya
sumber :PENGENALAN ISU YANG DIPILIH

Isu disiplin banyak terpapar di dada-dada akhbar, majalah, ditulis di blog-blog, menjadi tajuk-tajuk pilihan tesis dan sebagainya. Namun sejauh manakah kita memberi perhatian dan mengambil berat isu ini samada sebagai seorang guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat?. Dari situ kita dapat timbulkan satu persoalan, mengapa isu disiplin ini sering diutarakan?. Apakah kepentingannya kepada pembentukan diri pelajar dan apakah kesannya kepada negara?.
Isu disiplin yang terbaru ialah pada 25 September 2008, dikeluarkan kenyataan bahawa masalah salah laku disiplin murid menurun pada kadar purata 2.03 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2003 melibatkan 5.4 juta murid seluruh negara. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, penurunan itu berjaya dicapai selepas kementerian melaksanakan beberapa program untuk menangani masalah disiplin termasuk pelaksanaan sistem aduan disiplin. Katanya, berdasarkan statistik menunjukkan kes salah laku murid menurun dari setahun ke setahun sebanyak 1.53 peratus dilaporkan pada 2006, 1.33 peratus (2007) dan 1.27 peratus bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Penurunan masalah disiplin itu berlaku hasil daripada tindakan yang diambil oleh Jawatankuasa Menangani Gejala Disiplin yang diwujudkan oleh kementerian bagi menangani gejala berkenaan. (Utusan Malaysia, 26 September 2008)
Penurunan kadar peratus salah laku ini menunjukkan bahawa kesedaran dan keprihatinan semua pihak tentang pentingnya disiplin ini sudah timbul. Misalannya, e-Disiplin di semua sekolah menengah iaitu sistem pengurusan masalah disiplin pelajar secara berkesan dan sistematik berasaskan teknologi web akan mula diperluaskan kesemua 2100 sekolah menengah seluruh negara. Sistem ini telah dibangunkan oleh Universiti Malaysia Terengganu dengan kerjasama Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional (Mapan). (Utusan Malaysia, 5 Mei 2008) .Ini menunjukkan bahawa isu disiplin ini mendapat keprihatinan dari semua pihak dan membuktikan bahawa ada usaha-usaha dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Pelbagai program dilaksanakan sejak dahulu lagi sehingga kini.
Namun heboh pula masalah buli siber di sekolah di mana ia merupakan satu cabaran baru di sekolah. Juga dinyatakan di dalam Utusan Malaysia, 5 Mei 2008. Masalah ponteng sekolah, merokok, penyalahgunaan dadah yang masih berlaku dan lain-lain lagi.
Dari situ,kita dapat buat kesimpulan bahawa walaupun kadar peratusan masalah salah laku ini telah menurun, semua pihak harus ada usaha berterusan bagi menjadikan kes disiplin sifar. Ketidakpedulian kita akan memberi ruang dan peluang kepada masalah disiplin baru untuk muncul. Semua ini perlu diberi perhatian dan ambil berat kerana pelajar sekolah bukan sekadar pelajar sekolah dan terus kekal begitu, tetapi mereka yang bakal meningkat menjadi pemimpin-pemimpin negara suatu hari kelak. Disiplin itu perlu dibentuk sejak dari kecil. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.



KONSEP DISIPLIN

Disiplin mempunyai pelbagai tafsiran. Antaranya tafsirannya ialah disiplin ini merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan tempat bekerja yang teratur, urusan yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman dengan berkesan.
Selain itu disiplin juga ditakrifkan sebagai perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara mendapatkan ketenteraman dan peraturan itu, serta hukuman.

TUJUAN DISIPLIN DI SEKOLAH

Disiplin adalah satu keperluan kepada pelajar supaya dapat berfungsi dengan baik.(Charles H.Madsen & Clifford K. Madsen, 1970) Jika dilihat dari konteks sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan untuk mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Oleh kerana itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajarnya supaya berkelakuan baik dan dapat mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila pelajar-pelajar dapat mendisiplinkan diri, suasana pembelajaran yang sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan dapat dijalankan. (Mok Soon Sang, 2008)
Menurut ( Ang Jit Eng 2007) Moles 1989 menegaskan dua objektif utama kewujudan disiplin di sekolah adalah:
Memastikan keselamatan dan kesejahteraan staf dan murid.
Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.

Gangguan disiplin berupa salah laku murid yang serius dapat menggagalkan kedua-dua objektif ini selain daripda menyebabkan insiden-insiden itu tersiar di media massa. Oleh yang demikian, pengurusan dan pengawalan disiplin murid adalah suatu tanggungjawab pihak sekolah yang penting. Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin bermaksud:

Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.
Kesanggupan seseorang menghormati hak inidividu lain,
Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.
Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.
Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina.
Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.
KEPENTINGAN UMUM DISIPLIN

Disiplin merupakan satu bentuk kawalan sosial untuk mewujudkan suasana yang tenteram dan teratur samada dalam masyarakat ataupun sekolah. Dengan adanya disiplin, masyarakat dapat hidup dalam dengan aman,tenteram,harmoni dan melancarkan segala aktiviti harian. (Ang Jit Eng, 2007)

JENIS-JENIS DISIPLIN

Disiplin terbahagi kepada empat jenis yang utama iaitu:-
Disiplin arahan guru
Disiplin arahan kerja
Disiplin arahan kumpulan
Disiplin arahan diri

Disiplin arahan guru

Disiplin arahan guru adalah cara dan tuasguru menentukan arahan dan peraturan, mengawal dan memastikan setiap pelajar mematuhinya. Tindakan akan diambil kepada pelajar yang melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab dalam merancang, mengelola, mengarah dan mengawal hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Guru mungkin bersikap autokratik dalam mengawal disiplin pelajar. Namun guru perlu membuat pertimbangann sebaik mungkin dalam hal berkaitan disiplin supaya ia tidak menjejaskan hubungan antara guru dan pelajar atau menyebabkan mereka takut untuk mencuba sesuatu yang baru atau bertindak memberontak. Jadi, motivasi kendiri berkaitan disiplin sangat pelu digalakkan. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Disiplin arahan kerja

Disiplin arahan kerja wujud apabila sesuatu tugasan yang diberikan diberikan oleh guru kepada murid dan perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Disiplin ini dibentuk berdasarkan kesedaran keperluan dan tanggungjawab dan mempunyai kebaikan kepada pelajar-pelajar yang mematuhi arahan dan dapat menyiapkan tugasan mengikut jadual yang ditetapkan.

Disiplin ini mempunyai ciri motivasi yang positif. Hal ini kerana ia menggalakkan pelajar menyelesaikan tugasan demi kebaikan dan kepentingan sendiri. Namun,tidak semua pelajar dapat mnyelesaikan tugasan seperti yang diajdualkan. Oleh sebab itu, disiplin arahan kerja ini dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan itu menarik, bermakna, sesuai dengan umur dan keupayaan pelajar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan. (Mok Soon Sang, 2008)

Disiplin arahan kumpulan

Disiplin arahan kumpulan merujuk kepada disiplin yang dihasilkan daripada kawalan rakan-rakan dalam kumpulan yang sedia ada atau kumpulan yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Pembentukan biasanya berasaskan kepada nilai, kepercayaan dan norma yang sama antara ahli kumpulan. Mana-mana ahli kumpulan yang tidak dapat mematuhi nilai kumpulan akan disingkirkan. Kumpulan sebegini boleh digunakan oleh guru untuk membantunya mengawal disiplin bilik darjah. Ketua kumpulan yang dilantik berperanan dalam mengawal disiplin kerja ahli kumpulannya yang lain. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)

Disiplin arahan diri

Disiplin arahan diri berlaku apabila pelajar dapat mematuhi peraturan sekolah secara sukarela. Disiplin ini diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peratuan-peraturan sekolah adalah untuk kebaikan pelajar sendiri. Ia wujud secara tidak sedar apabila pelajar telah mencapai tahap kematangan iaitu boleh berfikir secara rasional. Selain itu, nilai disiplin jenis ini juga dapat dibentuk oleh guru melalui latihan dan bimbingan seperti menerangkan kebaikan mematuhi peraturan yang ditetapkan, menerapkan nilai-nilai murni seperti adil,saling hormat-menghormati, bertimbang rasa, toleransi dalam sebarang aktiviti samada aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti kokurikulum.

Disiplin arahan diri ini adalah yang paling berkesan dalam pengurusan bilik darjah. Masalah disiplin di sekolah dapat diturunkan ke paras minimum apabila mereka sedar kepentingan mematuhi disiplin. (Mok Soon Sang, 2008)

MASALAH DISIPLIN MASA KINI

Masalah disiplin selalu berlaku samada samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek, jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Masalah-masalah yang timbul pada masa kini dapat dikategorikan kepada empat bahagian iaitu :-
Jenayah
Kelakuan negatif
Membolos
Menipu

Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori jenayah ialah merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, memeras ugut, menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.
Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori kelakuan negatif pula ialah berambut panjang, memakai sepatu dan stokin berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, membuli rakan yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan, menentang arahan guru.
Jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori membolos ialah ponteng kelas, ponteng sekolah,ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke perhimpunan sekolah, berkhayal atau tidur dalam bilik darjah.
Manakala jenis-jenis masalah disiplin yang tergolong dalam kategori menipu pula ialah meniru di dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura sakit. (Mok Soon Sang, 2008)
Masalah-masalah disiplin ini juga berlaku di dalam bilik darjah. Ia Dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu :-
Semasa pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya melawan dan tidak menghormati guru, membaca bahan-bahan lain, mengeluarkan kat-kata kesat, makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu pengajaran dan pembelajaran,tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan lewat masuk ke kelas.
Di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (semasa ketiadaan guru)
Contohnya melawan dengan ketua tingkatan atau pengawas, membuli rakan, berkeliaran, makan, membuat bising, merosakkan harta benda seperti kerusi, meja, papan kenyataan, menipu(melibatkan wang)rakan, mengeluarkan kata-kata lucah dan mencuri. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
Menurut (Mok Soon Sang, 2008) Laporan Disiplin Pelajaran Sekolah Malaysia, data jenis salah laku di sekolah yang dikumpulkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran adalah diturunkan seperti berikut:

Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Rendah

Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng.

Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi,mencuri, melawan guru, melawan pengawas, peras ugut, membuli, mengancam murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah dan membaca komik lucah.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai kasut kotor.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, tidak buat kerja sekolah mengikut masa.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru,pengawas atau murid, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran,tidak hormat guru atau pengawas, kelakuan kurang sopan.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah merosakkan harta benda sekolah, guru dan murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu (melibatkan wang), menipu sekolah, guru dan murid.
Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas, sekolah, aktiviti kokurikulum, kelas tambahan dan aktiviti sekolah.

Salah Laku Pelajar-pelajar di Peringkat Sekolah Menengah

Salah laku yang berlaku di peringkat sekolah menengah adalah lebih kurang sama juga sepertimana salah laku yang berlaku di peringkat sekolah rendah di mana ia terdiri daripada 8 kategori iaitu kategori jenayah, lucah,kemasan diri, tidak pentingkan masa, kurang sopan, laku musnah, tidak jujur dan ponteng.Namun salah lakunya adalah lebih berat dan rumit iaitu:-

1. Jenis salah laku yang merangkumi kategori jenayah ialah berjudi, melawan guru, pengawas dan pelajar, memeras ugut, membuli, salahguna dadah, membawa senjata, mencabuli kehormatan, mengancam pelajar, menceroboh, terlibat dalam kongsi gelap, tunjuk perasaan, menentang peraturan sekolah dan pihak sekolah.
2. Jenis salah laku yang merangkumi kategori lucah ialah bercumbuan,
berkhalwat, membawa atau membaca bahan lucah, mengintai pelajar perempuan, menggunakan kata-kata lucah, melukis gambar lucah.
3. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kemasan diri ialah berambut panjang, rambut berwarna dan kurang kemas, berkuku panjang, bermisai atau berjanggut, berpakaian tanpa mengikut peraturan sekolah, memakai barang kemas.
4. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak pentingkan masa ialah berkeliaran, lewat ke perhimpunan sekolah,bengkel, makmal atau bilik darjah, makan di luar masa rehat, berbual-bual atau buat bising dalam bilik darjah, sembunyi diri dalam perpustakaan atau tandas, tidak buat kerja sekolah mengikut masa.
5. Jenis salah laku yang merangkumi kategori kurang sopan ialah berkasar dengan guru, pengawas atau pelajar, berbahasa kesat, menyimpan atau menghisap rokok, mengganggu pengajaran pembelajaran,tidak hormat guru atau pengawas.
6. Jenis salah laku yang merangkumi kategori laku musnah ialah
merosakkan harta benda sekolah, pengetua,guru,pelajar dan kantin.
7. Jenis salah laku yang merangkumi kategori tidak jujur ialah menipu
(melibatkan wang), menipu sekolah, pengetua, guru,pelajar dan kantin
8. Jenis salah laku yang merangkumi kategori ponteng ialah ponteng kelas,
sekolah, perhimpunan, aktiviti kokurikulum, ujian, peperiksaan, kelas
tambahan, tugas sekolah dan aktiviti sekolah.

Mengikut analisis, sepuluh salah laku yang berkerapan tinggi berlaku di peringkat sekolah menurut urutan ialah:-
1. Ponteng sekolah
2. Mencuri
3. Mengancam murid sekolah
4. Berkasar dengan murid sekolah
5. Berbahasa kesat
6. Datang sekolah/masuk kelas lambat
7. Membuat bising dan menggangu pelajaran
8. Merosakkan harta benda sekolah
9. Ponteng aktiviti kokurikulum
10. Ponteng kelas

PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

Guru
- Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai.
Guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
Guru yang bijak,kreatif dan inovatif dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin dapat dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999)

- Perwatakan dan sahsiah guru
Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas.
Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru yang disukai murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

- Hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra
Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini.
Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan.

Suasana bilik darjah kurang selesa

- Bilik darjah yang tidak selesa
Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar enyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,merekatidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran.

- Bilangan murid yang terlalu ramai
Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktiviti-aktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)



Kesihatan murid kurang baik

Pelajar yang kurang sihat atau tidak mendapatmasa rehat yang
mencukupi tidak akan dapat menumpukan perhatian mereka di dalam kelas. Mereka sering mengantuk, tidak cergas dan tidak mampu melibatkan diri secara aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Untuk mengelakkan hukuman daripada guru, kemungkinan besar daripada mereka akan meniru pelajar lain atau tidak membuat langsung tugasan yang diberikan. Dapat direnung bersama bahawa pada masa ini, berapa ramaikah guru yang menyoal tentang kesihatan pelajar-pelajarnya sebelum memulakan pembelajaran.

Aspirasi sekolah yang terlalu tinggi

Pihak sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian dan prestasi
akademik juga sebenarnya merupakan punca timbulnnya masalah disiplin ini.Hal ini kerana pelajar-pelajar yang tidak mampu mencapai aspirasi sekolah sebagaimana diharapkan biasanya lebih cenderung untuk menimbulkan masalah disiplin. (Mok Soon Sang, 2008)




Pengaruh negatif.

- Pengaruh negatif dari keluarga
Keluarga merupakan unit sosial terkecil yang menjadi asas utama
perkembangan diri. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan keperibadian. Kualiti kehidupan rumahtangga akan memberi kesan kepada kualiti tingkahlaku. Keluarga yang aman damai, akan melahirkan anak-anak yang berperibadi normal dan baik. Sebaliknya jika rumahtangga bermasalah,adanya konflik, perceraian dan sebagainya lagi akan menimbulkan anak-anak yang bermasalah. Kebanyakan pelajar-pelajar yang menghadapi masalah ini tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas. Sentiasa murung, menyendiri. Hal ini kerana mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa dan ahli keluarga. Lalu, mereka akan melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian orang ramai seperti mencuri, merosakkan harta benda sekolah dan pelbagai masalah disiplin lagi akan timbul. Peribadi ahli keluarga yang tidak bermoral dan berakhlak juga akan mempengaruhi diri pelajar lantas terbawa-bawa sehingga ke dalam bilik darjah. Contohnya suka mengeluarkan kata-kata kesat dan lain-lain lagi. (Ibrahim Mamat,1997)

- Pengaruh negatif dari rakan sebaya.
Rakan sebaya juga mempengaruhi sahsiah dan keperibadian pelajar.
Pelajar yang mudah terpengaruh akan mudah diajak untuk menimbulkan masalah disiplin samada di dalam bilik darjah atau di sekolah. Contohnya menghisap rokok, meminum arak, menyalahgunakan dadah, merosakkan harta benda sekolah, ponteng kelas, bersembunyi di dalam tandas dan sebagainya lagi. (Ibrahim Mamat,1997).Kebanyakan pelajar melakukan semua itu supaya mereka diterima di dalam sesebuah kumpulan yang sengaja diwujudkan oleh pelajar-pelajar bermasalah ini.

- Pengaruh negatif dari media massa.
Perkembangan media cetak dan media elektronik juga merupakan punca
terjadinya masalah disiplin. Media cetak menyajikan fesyen-fesyen, hiburan, gaya hidup yang pelbagai. Manakala perkembangan pesat teknologi maklumat pula seperti budaya cybercafe, chatting di internet, kebebasan melayari aneka laman web menjadikan pelajar dapat mengetahui sesuatu itu dengan mudah. Pelajar yang mudah terikut dengan gerak hati anak muda akan mudah meniru atau terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Contohnya datang ke sekolah dengan fesyen dan gaya rambut yang pelbagai, menubuhkan kumpulan mereka yang tersendiri, membawa bahan-bahan lucah ke sekolah dan banyak lagi. (Azizan Bahari, 2003)






LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN

1. Peranan pelajar.
Dalam menangani masalah disiplin ini, pelajar juga boleh memainkan
peranan. Mereka perlu mempunyai kesedaran mendisiplinkan diri, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan di sekolah, menjaga diri daripada terjebak dengan masalah-masalah disiplin, elakkan daripada berkawan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin ini kerana dikhuatiri akan terpengaruh.

1. Peranan guru
Guru perlu menguruskan bilik darjahnya supaya pelajar tidak bosan di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Suasana yang kondusif ini hanya dapat diwujudkan apabila semua murid mengikut peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. (Mok Soon Sang, 2008)
Guru juga perlu menggunakan mempelbagaikan kaedah ketika mengajar. Menurut ( Mok Soon Sang,1991) tujuan menggunakan berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu, teknik yang dipilih haruslah berdasarkan umur, kecerdasan,kebolehan dan minat murid. Dalam hal ini pemilihan bahan pelajaran yang sesuai hendaklah berkait rapat dengan teknik mengajar.
Apabila pelajar dapat melibatkan diri secara baik di dalam bilik darjah, maka sudah tentu masalah disiplin dapat diminimumkan.
Seorang guru perlu jujur dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Bukan sekadar mahu menghabiskan sukatan pelajaran. Tetapi benar-benar mahu mendidik. Sikap ini perlu ditunjukkan oleh semua guru. (James Dunhill, 1964)
Mengikut (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) guru juga perlu membuat persediaan yang rapi untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Masa untuk sesuatu waktu pengajaran digunakan secara maksimum bagi mengelak murid tidak ada masa melakukan kerja-kerja lain. Guru juga perlu mempamerkan keyakinan diri semasa berada di dalam kelas supaya murid juga yakin dengan kebolehan guru. Suara guru perlu jelas dan bahasa yang digunakan mudah difahami oleh semua pelajar.
Guru perlu tegas dalam memberi tugasan dan arahan supaya pelajar dapat akur dengan kehendak dan arahan guru. Tegas di sini tidak membawa maksud autokratik, sebaliknya demokratik. Guru perlu sedar tugas mengawal disiplin pelajar adalah tugas semua guru lebih-lebih lagi yang melibatkan waktu pengajaran guru. Segala salah laku yang berlaku dalam bilik darjah perlu ditegur dengan segera.
Pada masa yang sama guru perlu mesra dengan pelajar dan mengelak daripada ada unsur pilih kasih dalam melayan karenah murid supaya pelajar senang dengan guru. Apabila senang dengan guru berkenaan,masalah disiplin yang timbul hasil daripada hubungan tidak baik dengan guru dapat dikurangkan.
Guru kelas juga perlu peka dengan persekitaran bilik darjah yang kurang menyenangkan.Guru perlu kreatif dan proaktif dalam membina persekitaran bilik darjah yang ceria dan kondusif supaya masalah disiplin yang timbul akibat ketidakselesaan murid dapat diatasi.
Penghargaan dan pujian perlu diberi kepada yang berkelakuan baik, di samping memupuk nilai-nlai murni di kalangan murid. Murid yang mempunyai masalah peribadi perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak menimbulkan masalah disiplin.(Abd. Ghafar Mad Din, 2003)

2. Peranan Staf dan Pentadbir sekolah
Pelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab bersama,bukan tugas Guru Besar atau Pengetua, guru-guru Penolong Kanan dan guru-guru Disiplin, semata-mata tetapi semua staf dan pentadbir sekolah samada guru bimbingan dan kaunseling, ketua warden dan warden asrama, guru-guru agama dan moral hatta tukang kebun sekalipun. Semua boleh memainkan peranan masing-masing. (Ang Jit Eng,2007)

Antara yang boleh dilakukan ialah:-
- Memastikan semua tatacara pengurusan disiplin bilik darjah dipatuhi oleh guru dan pelajar. Pemantauan yang berterusan perlu dibuat dari semasa ke semasa.
- Memastikan bilangan murid di dalam sesebuah kelas mematuhi syarat saiz kelas yang ditetapkan. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
- Memastikan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan di sekolah demi kebaikan mereka.
- Menyediakan pelbagai kemudahan sekolah seperti alat bantu mengajar, tempat-tempat duduk , kipas ngin dan kemudahan-kemudahan yang lain. Kemudahan tempat duduk contohnya di bawah pohon-pohon yang rendang,di taman bunga atupun pondok bacaan supaya dapat memberi keselesaan kepada murid.
- Meningkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dengan mengadakan aktiviti gotong royong, pertandingan kebersihan dan sebagainya.
- Menyediakan sistem perkhidmatan psikologi. Ia penting supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang bermasalah dan selalu membuat masalah disiplin.
- Mempertingkatkan sistem kelab dan persatuan. Contohnya mewujudkan Persatuan Kebajikan Murid atau Kelab Pencegahan Jenayah.
- Memantapkan sistem dan struktur kepimpinan murid. Melalui aktiviti kepimpinan contohnya program kepada Kelab Pengakap atau pegawas-pengawas sekolah, mereka akan dilatih agar memupuk diri dengan nilai-nilai yang murni seperti berdisiplin, bekerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya.

3. Peranan Ibu bapa
Tugas untuk mendisiplinkan pelajar bukan hanya terletak di bahu guru-guru, staf dan pentadbir sekolah,namun ibu bapa juga berperanan penting dalam mengawalnya.
Antara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengawal masalah disiplin ialah:-
- Selalu merujuk kepada pihak sekolah dalam hal disiplin anak. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Hal ini supaya ibu bapa dan guru dapat berbincang mengenai masalah anak-anak yang berlaku dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan sebaik mungkin.
- Memberi pengetahuan agama di samping menjadi contoh teladan kepada anak-anak. Melalui didikan agama yang diberikan, anak-anak dapat menilai dan membezakan mana yang baik,mana yang buruk,apa yang dilarang dan disuruh oleh agama. Contohnya apabila anak-anak melayari internet atau membaca bahan-bahan bacaan. Dengan sendirinya mereka dapat membuat keputusan yang terbaik.
- Memberi kelonggaran tertentu dan tidak terlalu mengongkong tetapi mengambil tahu pergerakan dan aktiviti-aktiviti anak-anak. Ibu bapa perlu mengetahui dengan siapa anak-anaknya berkawan.
- Menggalakkan anak-anak mempunyai hubungan mesra di dalam keluarga.
- Menunjukkan minat terhadap pelajaran anak-anak.
- Memberi kebebasan kepada anak-anak memilih bidang yang diminati.
- Mengamalkan sikap menghormati anak-anak dan menggalakkan anak-anak menghormati diri, keluarga dan orang lain .(Ibrahim Mamat, 1997)

4. Peranan Komuniti
Menurut (Ang Jit Eng,2007), komuniti setempat juga boleh menjadi mata dan telinga dalam mengawal masalah disiplin ini. Komuniti setempat yang terdiri daripada badan-badan atau pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan seperti polis, bomba, majlis tempatan,penghulu, JKK Keselamatan, JK tempat-tempat beribadat dan sebagainya dapat diminta memberi kerjasama mereka untuk menyampaikan mesej kepada ibu bapa tentang kepentingan disiplin murid di sekolah di samping membantu untuk melaporkan salah laku yang dilakukan oleh murid di luar sekolah.
Apabila murid-murid dapat merasakan komuniti setempat melaporkan kes-kes ponteng,lepak,merokok dan salah laku yang lain kepada pihak sekolah, mereka lebih segan atau berhati-hati apabila cuba melakukannya berbanding dengan komuniti yang tidak mengambil tahu pada salah laku yang dilakukan.







PENUTUP

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia serta pertolonganNya saya dapat selesaikan tugasan ini dengan lancar.
Dan penghargaan buat Dr. Habib Mat Som kerana banyak membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada saya.Tidak lupa juga saya kepada sahabat-sahabat serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyelesaikan kajian ini.
Sesungguhnya dapat saya tegaskan sekali lagi di sini bahawa masalah disiplin yang berlaku ini adalah satu isu yang sangat penting. Apabila berlaku masalah ini, kita tidak boleh menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya perlu saling bekerjasama membantu mengurangkan masalah ini. Samada pihak guru, pengetua, ibu bapa, staf dan bahagian pentadbir sekolah sahaja. Masyarakat juga boleh menjadi ’mata dan telinga’ dalam menyelesaikan masalah ini untuk mewujudkan kehidupan yang aman dan tenteram. Apabila masalah didiplin dapat dikawal,pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. Dari situ akan lahir pelajar-pelajar yang cemerlang akademik dan peribadi. Mereka inilah yang bakal menerajui mercu kepimpinan negara. Jelas di sini bahawa isu disiplin ini bukan isu main-main dan hanya dipandang enteng. Tetapi merupakan satu isu yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.
Harapan saya, semoga segala usaha ini akan mendapat ganjaran serta keredhaan daripada Allah S.W.T.