Selamat sejahtera.
Sedar
atau tidak sudah lebih 52 tahun Malaysia merdeka secara fizikal dari
penjajahan asing. Tanggal 31 Ogos 2010 umur kemerdekaan negara kita
mencecah angka 53 tahun. Itu bermakna sudah melangkau separuh abad.
Umur yang boleh dikira sudah matang dan cukup dewasa untuk bersaing di
persada dunia. Soalnya apakah kita sudah betul-betul dewasa? Saban
tahun negara menyambut hari ulang tahun kemerdekaan. Lagu Allahyarham
Sudirman Haji Arshad akan berkumandang diputarkan. Pesta dan keramaian
dianjurkan di sana sini. Persembahan nyanyian oleh artis-artis tanahair
malah ada juga dari luar diadakan di seluruh pelusuk negara. Malah ada
juga majlis sambutan diadakan dengan pesta liar sebagai tanda
kegembiraan yang amat sangat. Apakah itu pengertian kemerdekaan negara?
Pernah suatu ketika seorang pemimpin negara memberi pendapat
"pengertian kemerdekaan adalah setiap orang mengibarkan bendera
Jalur Gemilang di premis masing-masing seperti rumah kediaman,
kedai-kedai, bangunan-bangunan dan di seluruh tempat dalam negara".
Jika
itulah pengertian kemerdekaan yang difahami oleh kita maka tidak
keterlaluan untuk saya katakan bahawa kita hanya mengerti konsep
kemerdekaan secara zahir tanpa mengetahui maksudnya yang sebenar. Saban
tahun rakyat disogok dengan pesta-pesta sambutan. Naluri manusia yang
suka berhibur telah dimanipulasi dengan sebaiknya oleh pemerintah.
Tindakan mereka telah dapat melalaikan rakyat dari menggali maksud
sebenar kemerdekaan negara. Lebih 50 tahun rakyat diberi "candu" yang
amat mengkhayalkan sehingga mereka lupa untuk menghayati dan memenuhi
ruang lingkup kemerdekaan dengan pengisian yang penuh bererti. Semangat
kemerdekaan yang sebenar hilang apabila rakyat mula "mabuk" dengan
"candu" yang disajikan. Kalau ada pun hanya segelintir yang sedar
tentang peri pentingnya mengisi kemerdekaan negara dengan elemen-elemen
yang betul dan tepat. Terdapat juga beberapa pihak yang mengadakan
pelbagai majlis mengisi sambutan hari kemerdekaan dengan menghayati
pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu. Namun majlis tinggal majlis,
program hanya sekadar program; semuanya hilang bersama perginya tarikh
sambutan; cuma bergema lagi pada sambutan tahun berikutnya. Begitulah
saban tahun..!!!Rakyat kembali kepada penghidupan asal.
yang kaya semakin kaya.
yang miskin semakin terhimpit.
khazanah negara semakin menipis
rakyat terbanyak kian merintis.
Negaraku merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!
Merdeka!!!
Kibarkan Jalur Gemilang!!!
anak Iban...anak Penan...
anak Melayu...anak India...
anak Cina...anak Jakun...
anak Jahud...anak Semelai...
anak Siam...
anak-anak bangsa Malaysiaku...
di mana ibu mu...di mana bapamu...
untuk mengajarmu
erti kemerdekaan
nah...kutitipkan kepadamu
wahai bangsa Malaysiaku...
merdekakan bangsa Malaysiaku dari belenggu kemiskinan!!!
merdekakan bangsa Malaysiaku dari bebanan kehidupan!!!
merdekakan bangsa Malaysiaku dari kenaikan harga barangan!!!
merdekakan negara Malaysiaku dari rasuah dan penyelewengan!!!
Merdekakan hakim, kehakiman dan perundangan dari jadi kuda tunggangan!!!
Merdekakan polis, tentera dan sprm dari menjadi barang permainan!!!
MERDEKAKAN NEGARA MALAYSIAKU DARI PENJAJAHAN BARISAN!!!
MARTABATKAN NEGARA MALAYSIAKU DENGAN PENTADBIRAN PAKATAN!!!
ayuh bangsa Malaysiaku
ayuh bangkitlah
suarakan pengertian kemerdekaan
isikan dadamu dengan ilmu pengetahuan
tentang maksud sebenar kemerdekaan
sekian jumpa lagi...
aku anak merdeka
dipetik dari blog: zaidiahmadkeadilanphg.blogspot.com
dipetik dari blog: zaidiahmadkeadilanphg.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan