KONSEP AMALGAMASI
Amalgamasi merupakan satu proses
yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan
ras baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan
terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.Teori amalgamasi dinyatakan
dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan Cmewakili kumpulan etnik
berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan baru terhasil daripada
penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan parkahwinan campur lalu membentuk satu genarasi baru atau budaya
baru tanpa menuruti budaya asal mereka
KONSEP ASIMILASI
Asimilasi merupakan satu proses
percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut
Vander Zanden (seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana
kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan,
menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak
atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi
kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A, disini A
dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan
etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses
asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup
mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di
Kelantan serta Baba dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa
melibatkan anutan kepercayaan atau agama.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.
Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti; terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.
KONSEP AKULTURASI
Akulturasi merupakan satu proses
penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing
yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah
dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi
tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan seperti penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat.Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian barat. Unsur-unsur budaya yang tidak bebrbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.
KONSEP AKOMODASI
Akomodasi merupakan proses yang
menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep
ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C, disini A, B dan C merujuk
kepada budaya. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati
antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik
mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling
bergantung. konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap
kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika
dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan
etnik bersifat akomodasi kerana etnik jerman, perancis dan itali saling membuat
penyesuaian antara mereka
KONSEP SEGREGASI
Segregasi merupakan
pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
yang lain dalam sesubuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan,
antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan
dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau
sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara
tahun 1948-1994
KONSEP BUDAYA
Perkataan budaya berasal
daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya'.
Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan
fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pela ialah perkataan melayu Polynesia yang
bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua
perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau
kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji Abdul Karim, 1963)
Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Budaya boleh dibahagikan kepada dua: budaya kebendaaan dan budaya bukan kebendaan. Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang reka bentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang eskimo. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri dalam menjalani kehidupan. Misalnya, dalam adat perkahwinan masyarakat melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat india hantaran perkahwinan diberikan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: pertama, membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Oleh itu, budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannye dengan keadaan sekeliling (Mohd taib Osman,1988)
Budaya mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri-ciri penting bagi sesuatu budaya ialah, dipelajari,dikongsi,bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah,mempunyai unsure simbolik dan adanya pendangan semesta
Budaya bersifat universal tetapi paradoksnya pada masa yang sama terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat lain. Sesuatu kebudayaan berkembang dan terus dicipta mengikut kesanggupan masyarakatnya. Ada budaya yang dipadankan apabila berlaku pertembungan dengan pengaruh luar sama ada untuk mengisi kekosongan sebagai alternatif atau menokok kepada apa yang telah sedia ada. Maka boleh dikatakan bahawa manusia itu sendiri membentuk budaya dan perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masayrakat itu sendiri (A. Aziz Deraman, 2001)
KONSEP MASYARAKAT
Masyarakat menurut definisi
kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil
merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan
anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Daripada pergaulan ini,
terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong
royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka,
berkumpul menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri kendui majlis
perkahwinan, membantu mereka yang ditimpa malapetaka atau menziarahi jiran yang
sakit tenat atau yang telah meninggal dunia. Kekerapan pergaulan ini membina
satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial. Dalam
konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat
membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh..
KONSEP ETNIK, ETNISITI DAN ETNOSENTRISME
Etnik boleh didefinisikan
sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam,
termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik
mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras
dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi
(keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks
masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup
berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.
Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain. Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri.
Usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan yang harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa
dilaksanakan pada setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan para
pelajar melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Untuk membina suatu kefahaman
yang lebih mendalam, usaha ini mestilah dilalui dengan memperkenalkan beberapa
konsep asas yang mendasari hubungan etnik.
Peranan Rukun Negara kearah pembentukan perpaduan kaum
Rukun Negara yang menjadi
pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat
pelbagai kaum di Negara ini untuk membentuk warga berintegriti Secara rasminya,
agama Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama-agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram walau di mana bahagian dalam Persekutuan dan
tindakan amalan diskriminasi
Sistem demokrasi berpalimen dan
raja berpelembagaan dengan seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai
ketua Negara dan lambang perpaduan rakyat merupakan corak system pemerintahan
di Malaysia. Sehubungan itu, kesetiaan kepada raja dan negara telah digariskan
sebagai prinsip kedua dalam Rukun Negara. Seterusnya, dapat membentuk
masyarakat yang menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada raja dan
negara.
Prinsip ketiga adalah keluhuran
perlembagaan negara yang merupakan undang-undang tertinggi bagi melahirkan
warganegara yang menghindari gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
serta mempunyai tahap kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat yang tinggi.
Setelah bermusyawarah dan mendapat sebulat suara daripada semua kaum dan pihak
perlembagaan ini yang merupakan satu kontrak sosial yang tidak boleh diganggu
gugat oleh mana-mana pihak digubal.
Kedaulatan undang-undang
mepupakan prinsip keempat Rukun Negara. “Ada
batang mati, ada cendawan tumbuh”. Tanpa undang-undang, hidup
bernegara akan menjadi kucar-kacir. Undang-undang dapat menjamin kehidupan
anggota masyarakat agar bergerak dengan licin dan teratur seterusnya dapat
melahirkan warganegara yang berdisiplin dan hidup dalam keadaan yang aman dan
harmoni.
Prinsip kelima iaitu kesopanan dan
kesusilaan menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku masyarakat
untuk membentuk negara yang “airnya
jernih, ikannya jinak” yakni bersopan santun dan bersusila sejajar
dengan kempen Budi Bahasa dan NIlai Murni.
Peranan
Dasar Ekonomi Baru dalam mewujudkan perpaduan kaum
Melalui dasar ini kerajaan
bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan
miskin tanpa mengira kaum kerana ketidak seimbangan kekayaan terutamanya antara
kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas
hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini
kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun
kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah. Antara program dan
perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut: Penyusunan semula
masyarakat melalui ketidak seimbangan perolehan kekayaan melalui syarat dalam
masa 30 tahun kaum bumiputera dapat menguasai kekayaan Negara sebanyak 30
peratus dari kakayan Negara.
Dasar
pendidikan kebangsaan kearah perpaduan kaum
Dasar Pendidikan Kebangsaan
adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan
Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran
yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang
utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang
sama.
Dasar
wawasan 2020 ke arah perpaduan kaum
Wawasan
2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada
perkembangan ekonomi, sosisl dan plitik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah member cabaran yang hebat kepada Negara.Wawasan ini
telah diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai
pendekatan yang harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang
akan ditempuh oleh Negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah
pembentukan sebuah Negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020.
Kemajuaan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia
akan merngkumi segala aspek kehidupan, ekonomi. Politik social,
kerohanian,kejiawaan dan yang utama perpaduan kaum ini kerana sekiranya setiap
kaum tidak saling mempercayai(bermusuhan) macam mana hendak mencapai wawasan
2020.
Koensp 1 Malaysia Kearah Perpaduan kaum
Konsep 1 Malaysia merupakan suatu konsep yang baru dilancarkan di
Malaysia pada tahun 2009 yang lalu. Ia merupakan lanjutan daripada usaha
kerajaan seperti pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, Rukun Negara, Dasar
Pembangunan Nasional, Dasar social Negara dan sebagainya agar sebarang koflik
perkauman dapat dielakan serta pencapaian dapat dipertingkatkan. Asas-asas yang
ada dalam konsep 1 Malaysia ini adalah untuk mencapai teras perpaduan antara
kaum di Malaysia supaya cita-cita Negara untuk mencapai wawasan 2020 sebagai
Negara yang berstatus maju tercapai dengan jaya. Di samping itu, ia diharap
mampu untuk meyemarakkan lagi semangat perpaduan dan persaudaraan untuk
meneruskan agenda pembinan sebuah Negara, bangsa yang Berjaya. Selain itu
konsep ini juga menekankan sikap penerimaan antara kaum di Malaysia agar semua
pihak saling hormat-mehotmati antara satu sama lain dalam aspek budaya, bahasa
dan agama. Ini selaras dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia yang keenam
berkenaan konsep 1Malaysia Iaitu “1malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa
nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat.
Konsep
1Malaysia boleh dikatakan menjadi suatu model untuk memperkasakan perpaduan dan
kesinambungan kepada pendekatan-pendekatan sebelum ini yang pernah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan (PPM 2009 ). Hasil perpaduan yang dicapai akan menjamin
kestabilan, seterusnya mempu membawa Negara kea rah kemajuan dan pencapai yang
lebih tinggi bagi rakyat dan Negara. Jadi ,konsep ini boleh disamaertikan
sebagai satu strategi atau formula untuk mencapai aspirasi Negara iaitu
mengeratkan setiap kaum atau etnik di Malaysia untuk satu bangsa iaitiu Bangsa
Malaysia yang akan membawa ke mana sahaja ia sebagai Rakyat Malaysia, Budaya
Malaysia, Kaum Malaysia,dan sebagainya.
Peranan
Islam Hadhari ke arah Perpaduan Kaum
Apakah yang dimaksudkan dengan Islam
Hadhari ? ‘Islam Hadhari’ adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu :
‘Islam’ dan ‘Hadhari’ (sifat). Asal perkataan ‘Hadhari’ ialah ‘Hadharun’ Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin
luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup
kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat
maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat.
Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh
manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya.
Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia
serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia
sejagat. Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan untuk membawa
perubahan kepada mentaliti dan sikap masyarakat serta peralihan kepada yang
lebih baik dalam konteks kemajuan dan pembangunan negara. Pendekatan ini akan
membawa pembaikan dalam semua aspek kehidupan untuk menuju ke arah sebuah
masyarakat dan negara maju dan mencapai objektif Wawasan 2020. Orang bukan
Islam tidak perlu bimbang terhadap pendekatan ini kerana ia akan membawa kebaikan
kepada semua golongan tanpa mengira perbezaan agama dan etnik.
Cabaran ke arah
pembentukkan perpaduan di Malaysia
Penafian agama Islam sebagai agama rasmi
Antara cabaran
kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia adalah menafikan agama Islam sebagai
agama rasmi negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh
dunia bahawa mempunyai kestabilan politik kerana dapat mentadbir mempunyai satu
komuniti masyarakat majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan
kenyataan itu nampak goyah. Hal ini demikian kerana, sejak kebelakangan ini
kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara bukan sahaja telah dipertikaikan
tetapi digugat oleh pelbagai kumpulan dan pertubuhan bukan Islam yang membuat pelbagai
tuntutan serta tafsiran yang tidak munasabah terhadap Perlembagaan Persekutuan.
Di antara hujah yang digunakan untuk menyokong tuntutan mereka ialah bahawa
Islam tidak pernah dinyatakan secara jelas sebagai agama rasmi di dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Sebenarnya
di dalam Perlembagaan ada dinyatakan bahawa Islam adalah agama negara atau 'state
religion' iaitu merujuk kepada negara Malaysia. Apabila disebut tentang
agama negara maka secara dasarnya ia boleh difahami sebagai agama rasmi bagi
Malaysia bukannya agama rasmi yang dianuti oleh rakyat negara ini. Tambahan
pula, Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang pengamalan agama-agama lain di
mana rakyat negara ini mempunyai kebebasan untuk mengamalkan agama
masing-masing. . Pertikaian ini adalah tidak wajar sekali kerana majoriti
penduduk Malaysia menganuti Islam.
Agama Islam sudah berakar umbi dalam masyarakat
sudah ratusan tahun dahulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti
masyarakat di Malaysia sudah berani untuk mempersoalkan perlembagaan negara
seterusnya akan pasti menggugatkan keselamatan dan kedaulatan negara Sekiranya
usaha untuk mempertikaikan dan tindakan mengubah status agama Islam tidak
dihentikan segera ia dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian kaum di kalangan
penduduk negara ini yang sudah terjalin buat sekian lamanya.
Pelaksanan sistem pendidikan Negara
Cabaran yang kedua ialah daripada segi pendidikan .
Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita adalah
berdasarkan sistem meritokrasi. Ini akan mewujudkan keadaan persaingan yang
sihat di kalangan pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. Malah pendidikan
juga dilihat sebagai wadah yang boleh merapatkan jurang antara kaum dalam
sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Negara ini. Namun begitu,
keadaan sebaliknya telah berlaku. Misalnya, statistik pencapaian di Universiti
Malaya dan Universiti Teknologi Malaysia pada 1998 menunjukkan prestasi pelajar
Bumiputera peringkat ijazah pertama yang mendapat Kelas Pertama hanya sekitar
2.9 peratus berbanding bukan Bumiputera (17.2 peratus).
Malah, keluaran Burniputera yang
dikatakan 'cream of the cream' yang berjaya mendapat Kelas Pertama pada 1998
hanya 3.4 peratus berbanding 33.3 peratus bukan Bumiputera.Pencapaian pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia juga
menunjukkan 'trend yang serupa, terutama bagi subjek sains dan matematik. Pada
1998, hanya 2.6 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al dan Al bagi subjek Fizik
dalam peperiksaan SPM berbanding 17.3 peratus pelajar bukan Bumiputera. Begitu
juga bagi subjek Matematik Tambahan, 6.7 peratus pelajar Bumiputera mendapat Al
dan A2 berbanding 36.4 peratus bukan Bumiputera.
Pelancaran Program Latihan Khidmat Negara
Kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara
bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini.
Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk
memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi
nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat
kesukarelaan.). Walaupun program ini mempunyai pelbagai manfaat kepada negara
pada masa hadapan, tetapi sehingga kini pelbagai usul dan usaha bagi
menghentikan program ini telah dilakukan oleh pelbagai pihak.
keselamatan negara
Cabaran seterusnya, kita menerima ancaman daripada
puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama. Kelompok ini menjadi ancaman
kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu di
luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripada
itu, terdapat juga pihak yang sengaja mengeksploitasi isu-isu ekonomi dan
sosial politik negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti
politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke
negara ini secara sah atau haram juga boleh menjejaskan imej dan keharmonian
negara. Ini kerana sebilangan daripada mereka suka menimbulkan masalah dan
menghuru-harakan keselamatan negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh
datang daripada kegiatan pemalsuan dokumen-dokumen penting kerajaan seperti
pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan sijil lahir.
Peningkatan masalah sosial
Tambahan pula, pembangunan yang pesat juga memberi impak negatif kepada
Negara. Pembangunan fizikal yang sangat pesat seperti di Kuala Lumpur telah
menyebabkan penghijrahan penduduk kampung ke bandar dengan ramai. Penghijarahan
ini menyebabkan pendudukan melayu lebih ramai daripada penduduk cina selepas
penghijrahan berlaku Namun, kualiti hidup di bandar meningkat dan ada
sebilangan yang tidak mampu menanganinya. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan meningkat
dan telah menyebabkan berlakunya gejala sosial yang teruk seperti kegiatan
pelacuran, pengedaran dadah dan kecurian.
Cabaran
Politik
Fahaman politik setiap tahun berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal
yang berlaku di Negara asal mereka adalah lebih penting daripada fahaman
politik di Malaysia. Selain itu, setiap kaum sentiasa berusaha untuk memastikan
pengekalan identity kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan menggunakan
media-media dan saluran-saluran seperti pendidikan, program keagaman, akhbar
dan persatuan-persatuan social. Sejak kebelakangan ini parti politik di
Malaysia telah banyak memainkan isu-isu sensitif seperti kedudukan istimewa
orang melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi di dalam kempen
pilihanraya. Sebagai cntoh kepada pilihanraya 1969, setelah parti gerakan dan
DAP Berjaya menafikan majoriti 2/3 parti perikatan, parti tersebut telah
berarak sambil membangkitkan soal-soal sensitif seperti ketuanan melayu.
Keadaan bertambah buruk apabila orang melayu di bawah anjuran UMNO bertindak
balas menangkis penghinaan itu dan keadaan menjadi tidak terkawal dan
mencetuskan episode berdarah 13 Mei 1969 yang telah mengorbankan nyawa dan
harta benda yang banyak.
CABARAN
EKONOMI
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan
jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap
kaum mencemburui satu sama lain. Orang Melayu mencemburui kemewahan dan
kejayaan orang Cina manakala orang Cina dan India mencemburi kelebihan orang
melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sekor pentadbiran. Dalam bidang
ini juga orang melayu dan penduduk bumiputera lain menguasai bidang yang mundur
iaitu yang memerlukan banyak tenaga menusia dan bergaji rendah dan sektor
primer. Mnakala orang Cina banyak menguasai sektor yang lebih maju dan
berteknologi moden. Ketidakseimbangan ini menyebabkan kaum lain mencemburui
antara satu sama lain dan menyebabkan timnbulnya masalah dalam hubungan etnik
CABARAN DARI SEGI NILAI ANTARA ETNIK
Perbezaan Agama Dan Budaya. Kaum Melayu sebahagian besarnya Islam. Kaum
Cina beragama Budha, manakala kaum India beragama Hindu. Di samping iu terdapat
juga yang beragama Kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang
tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi
akibat dari sikap jahil erhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain.
Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
Penggunaan Bahasa Komunikasi. Masalah penggunaan
bahasa masih lagi menimbulkan persoalan apabila penggunaan bahasa Melayu Di
Sabah dikatakan agak rendah. Keadaan ini bukan dipengaruhi oleh senimen
kenegerian atau bersikap prejudis terhadap rakan Semenanjung tetapi mesalah
yang dihadapi ialah ingin menggunakan bahasa ibunda hal ini menyebabkan
lambatnya proses perpaduan kaum.
Cabaran
Globalisasi
Globalisasi merupakan satu bentuk
penjajahan baru yang memperjuangkan hak asasi manusia. Barat membawa masuk
pengaruh dari segi ideology, budaya hedonism dan nilai negative, ekonmi bebas,
sains dan teknologi yang memusnahkan perpaduan dan system politik yang dianggap
terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi mereka mengespor segala
keburukan yang merosakkan Negara dan alam sekitar. budaya hiburan dan
pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah Jika diamati secara mendalam,
akan melemahkan tradisi Negara sendiri
dan menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.
Globalisasi yang berterusan dan tanpa kawalan akan memberi kesan kepada
hubungan etnik, integrasi, perpaduan dan mudah erjadinya konflik dan lebih
parah apabila dapat mencetuskan rusuhan kaum.
Cabaran Pengekalan perpaduan rakyat
Perpaduan dapat diertikan sebagai
hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan
ikhlas Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan
Malaysia. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai
matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi ”Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu
padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan”. Untuk mengekalkan perpaduan suatu cabaran yang sangat mencabar dan
memerlukan suatu tempoh yang lama penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan
oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum.
Sekolah Kebangsaan diharap dapat
dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama
antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada
kesejahteraan Negara.Hal ini demikian kerana setiap kaum dalam masyarakat
mempunyai kepentingan tersendiri yang perlu dipertahan dan diperjuangkan
seperti hak dalam pendidikan .
Cabaran memastikan pembangunan negara seimbang
Kebelakangan ini, kerajaan telah
mengisytiharkan usaha membangunkan semula sektor pertanian di negara kita.
Usaha ini adalah wajar dalam memastikan pembangunan dan kemajuan negara secara
seimbang memandangkan sektor pertanian dan sektor perindustrian adalah saling
melengkapi. Kedua-dua sektor ekonomi tersebut adalah sama penting dan tidak
boleh diabaikan mana-mananya. Seperti yang kita tahu, masyarakat Melayu lebih
mendominasi sektor pertanian dan masyarakat Cina pula lebih banyak menguasai
bidang perindustrian. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan
bagi mengelakkan berlakunya kejadian 13 Mei 1969 kembali berulang seperti
masalah perbezaan jurang ekonomi yang ketara antara kaum.Tambahan pula ,
apabila kerajaan mengisytiharkan untuk membangunkan sektor pertanian,
kemungkinan kaum Cina akan melihat bahawa kerajaan cuba untuk membangunkan
ekonomi masyarakat melayu sahaja dan akan meminggirkan kaum Cina. Adalah
menjadi cabaran kepada pihak kerajaan untuk menjelaskan isu ini.
Isu
dan Cabaran Perpaduan Kaum
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.
Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah.Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan diperingkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah.
Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya 80 peratus pelajar di sekolah menengah dan sekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikan syarat kemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan pelajar. Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya. Pemisahan kaum antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salah faham yang pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan. Sesungguhnya, gejala ini perlu dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara.
Para pelajar perlu digalakkan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemai di dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa dan dalam pada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah.Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan diperingkat sekolah bagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah.