sumber :tatabahasa tahun 4
latihan tatabahasa
1 Perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan_______salah
seorang daripada saksinya tidak hadir.
A.walaupun B.atau
C.kerana D.serta
2. Elleena terkejut______namanya diumumkan sebagai
pemenang peraduan itu.
A.kerana B.sebab
C.apabila D.jika
3. Bidang kewartawanan di negara ini telah______oleh
Abdul Rahim Kajai.
A.mempelopori B.mempeloporkan
C.pelopor D.dipelopori
4. Mangsa bot karam itu dijumpai_______di tepi pantai
Mersing.
A.mendampar B.terdampar
C.didamparkan D.mendamparkan
5. Ghani______jalanya ke permukaan kolam itu untuk
menangkap ikan sepat.
A.membentangkan B.membukakan
C.menebarkan D.menyibarkan
6. Pemandu bas itu_______oleh polis kerana membawa
penumpang yang berlebihan.
A.ditangkap B.disaman
C.ditahan D.dituduh
7. Sementara menunggu pancingnya dimakan ikan,Azwan duduk
di bawah______buluh sambil membaca buku cerita.
A.sebatang B.seruas
C.sepokok D.serumpun
8. Pak Mail menjual______tanah untuk menampung
perbelanjaan anaknya di universiti.
A.sekeping B.sebidang
C.sehelai D.sebaris
9. Pemburu itu melepaskan dua______tembakan ke arah rusa
itu.
A.butir B.das C.pucuk
D.laras
10. "Kami memerlukan_______kamu dalam hal ini,"
kata penghulu kepada Mamat.
A.buah mulut B.buah tangan
C.buah fikiran D.buah hati
11. Pakaian yang dijual di kedai itu cantik-cantik
menyebabkan Fatimah menjadi_______.
A.sakit mata B.rambang mata
C.mata angin D.mata air
12. Ayahnya masih______sampai ke rumah walaupun hari
telah larut malam.
A.akan B.belum
C.sudah D.telah
13. Sebelum menetap di kampung itu,Pak Uda______tinggal
di Jawa selama 10 tahun.
A.mesti B.akan
C.belum D.pernah
14. Suasana di kampung itu menjadi______apabila ramai
pemuda-pemudi berhijrah ke bandar.
A.hiruk-pukuk B.huru-hara
C.riuh-rendah D.sunyi-sepi
15. Sampah sarap dan______di sekeliling masjid itu telah
dibersihkan oleh penduduk kampung.
A.semak-samun B.tanah-tanih
C.bukit-bukau D.hutan rimba
16. Budak-budak nakal itu lari______apabila dikejar oleh
anjing Pak Cik Ng.
A.huyung-hayang B.rebah-rempah
C.kelam-kabut D.lintang-pukang
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
17. A."janganlah awak asyik termenung
sahaja!"Kata Zetty kepada Akmar?
B.janganlah awak asyik
termenung sahaja,kata Zetty kepada Akmar.
C."Janganlah awak
asyik termenung sahaja,"kata Zetty kepada Akmar.
D."Janganlah awak
astik termenung sahaja,"Kata zetty kepada akmar.
18. A.Pengarah dan pengurus syarikat itu ada urusan
penting di Luar Negeri?
B.Pengarah dan pengurus
syarikat itu ada urusan penting di luar negeri.
C.Pengarah,dan pengurus
syarikat itu,ada urusan penting di luar negeri!
D.Pengarah dan Pengurus
syarikat itu ada urusan penting,di luar negeri.
19. A."Apa khabar mak cik?"tanya Nina kepada
Mak Cik Sarah.
B.Apa khabar mak cik.
Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah.
C."Apa khabar Mak
Cik?"Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah?.
D."Apa khabar mak
cik."tanya Nina kepada Mak Cik Sarah!
Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris.
20. Mereka pergi ke bandar untuk membeli buku latihan.
A.Bilakah mereka pergi ke bandar?
B.Siapakah yang pergi ke bandar?
C.Ke bandar manakah mereka pergi?
D.Apakah tujuan mereka pergi ke bandar?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan